Close

Spesifikasi Samsung Galaxy S23 FE tertiris

Sumber : OnleaksXSmartprix

Spesifikasi Samsung Galaxy S23 FE dilaporkan telah tertiris, biarpun masih lagi tiada sebarang tarikh mengenai pelancarannya. Laporan terbaru ini mendedahkan lebih terperinci mengenai spesifikasi yang akan digunakan.

Sumber : OnleaksXSmartprix

Dari segi rekaan, Samsung Galaxy S23 FE dilaporkan akan hadir dengan rekaan yang sama seperti Samsung Galaxy A54. Menggunakan dimensi 158 x 76.3 x 8.2mm, kamera swafoto pada bahagian tengah dan akan hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP.

Dengan menggunakan dimensi yang sama seperti Samsung Galaxy A54, peranti ini dijangka akan hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.4-inci dengan pengimbas cap jari di bawah skrin. Selain itu, ia dijangka akan memuatkan bateri sebesar 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy S23 FE berkemungkinan akan dijana dengan cip Exynos 2200 yang akan dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN