Close

4 jam tangan pintar bawah RM400 yang boleh dibeli di Malaysia


Seperti yang kita tahu, jam tangan pintar bukan sahaja digunakan untuk melihat waktu, bahkan boleh digunakan sebagai penjejak kesihatan dan menerima notifikasi dari telefon pintar atau sebagainya. .


Terdapat pelbagai jenama dan pengeluar yang menawarkan spesifikasi, rekaan dan fungsi yang menarik. Oleh yang demikian, kami ingin berkongsi 4 jam tangan pintar bawah 400 yang boleh dibeli di Malaysia.
Xiaomi Redmi Watch 3 
Model pertama yang tersenarai dalam pilihan kami adalah Xiaomi Redmi Watch 3, dilengkapi dengan skrin AMOLED berbentuk bulat bersaiz 1.75″, menggunakan bingkai besi dari NCVM. Hadir dengan lebih dari 200 muka jam, GPS terbina dan menyokong penarafan 5 ATM.


Menyokong pelbagai ciri penjejakan kesihatan seperti pemantauan tidur, pemantaun stress, Spo2 dan juga pemantaun degupan jantung. Terdapat 121 mod sukan ditawarkan dengan 6 mod sukan boleh diakftifkan secara automatik. Bateri mampu bertahan sehingga 12 hari, turut menyokong mikrofon dan pembesar suara secara terbina yang boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon. 

Dijual pada harga RM388 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Black dan Ivory. 

HUAWEI Watch Fit 

Huawei Watch Fit hadir dengan skrin AMOLED berbentuk segi empat yang bersaiz 1.64″, peranti ini sangat ringan dengan berat sekitar 21 gram. Menyokong pelbagai muka jam, GPS secara terbina dan juga penarafan 5 ATM.

Turut menyokong ciri asas seperti pemantauan tidur, pemantauan degupan jantung dan SpO2. Menyokong lebih dari 97 mod sukan dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari untuk kegunaan biasa dan 7 hari untuk penggunaan yang lebih berat. 

Huawei Watch Fit dijual pada harga RM329, ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Sakura Pink dan Graphite Black.

Amazfit GTS 2e

Seterusnya adalah Amazfit GTS 2e, turut hadir dengan skrin AMOLED berbentuk segi empat yang bersaiz 1.65″. Turut menyokong lebih dari 50 muka jam, GPS terbina, NFC, dan juga penarafan 5 ATM.
Menyokong lebih dari 90 mod sukan dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 24 hari untuk penggunaan asas dan 14 hari untuk penggunaan harian. Turut menyokong pelbagai ciri asas seperti pemantauan tidur, pemantauan kadar degupan jantung, SpO2 dan sistem penilaian kesihatan PAI.

Amazfit GTS 2e dijual pada harga RM379, ditawarkan dalam 3 pilihan warna Obsidian Black, Lilac Purple dan Mose Green.
realme Watch 3

Jam tangan pintar terakhir dalam senarai yang juga termurah dalam senarai adalah realme Watch 3. Hadir dengan skrin LCD berbentuk segi empat yang bersaiz 1.8″, turut menyokong kecerahan puncak 500 nits dengan bingkai menggunakan binaan dari polikarbonat.
Menyokong lebih dari 100 muka jam, 110 mod sukan dan mempunyai penarafan IP68. Turut hadir dengan pelbagai ciri penjejakan kesihatan seperti VO2 Max, pemantauan pola tidur, pemantauan tahap stress dan juga penjejakan kesihatan 24 Jam.
Menarik mengenai jam tangan pintar ini adalah menyokong mikrofon dan pembesar suara secara terbina yang boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 7 hari.
Dijual pada harga RM259 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Black dan Grey.

ARTIKEL BERKAITAN