Close

Nombor plat khas “EV” untuk kenderaan elektrik bakal diperkenalkan

Menteri Pengangkutan Anthony Loke, bercadang untuk memperkenalkan nombor plat pendaftaran khas untuk kenderaan elektrik yang bertujuan untuk membeza kenderaan elektrik dan kenderaan biasa.


Menurut Anthony Loke, cadangan tersebut adalah wajar bagi memudahkan penguatkuasaan dan orang ramai untuk mengenalpasti kenderaan elektrik berbanding kenderaan lain. Berikutan kenderaan elektrik mempunyai protokol keselamatan yang berbeza dari kenderaan biasa.


Nombor plat pendaftaran khas untuk kenderaan elektrik akan bermula dengan huruf EV dan akan diikuti dengan angka. Nombor plat khas ini akan ditawarkan seperti nombor plat biasa iaitu dari angka 1 sehingga ke 9999, akan diteruskan dengan EVA, EVB dan seterusnya.

Penggunaan nombor plat pendaftaran khas untuk kenderaan elektrik telahpun dilaksanakan di beberapa negara seperti Singapura, China, UK dan Jerman.

ARTIKEL BERKAITAN