WhatsApp kini sedia memperkenalkan fungsi yang lebih mudah untuk melakukan pemindahan data tanpa menggunakan penyimpanan awan (cloud storage). Fungsi baharu ini membolehkan pengguna untuk memindahkan data ke peranti baharu dengan hanya melalui imbasan kod QR sahaja.
Fungsi baharu dilakukan dengan menggunakan rangkaian wifi yang sama (Wi-Fi Direct), dikatakan lebih selamat kerana hanya dikongsi antara kedua-dua peranti sahaja dan proses ini turut disulitkan secara sepenuhnya.
Untuk melakukan proses pemindahan data, pengguna perlu pergi ke bahagian Settings > Chat > Chat Transfer. Seterusnya, imbas kod QR yang dipaparkan dan ikut arahan pada skrin sehingga proses pemindahan data selesai.
Selain lebih selamat, fungsi ini juga adalah lebih mudah dan lebih pantas berbanding fungsi sebelumnya. Yang mana sebelum ini, data perlu disimpan di dalam penyimpanan awan iCloud atau Google Drive terlebih dahulu sebelum proses pemindahan data boleh dilakukan.