Aplikasi sosial Twitter yang diterajui oleh Elon Musk telah mengumumkan ciri baharu pada aplikasi mereka. Yang mana, ciri baharu tersebut akan mengehadkan bacaan tweet atau hantaran yang boleh dilakukan oleh pengguna.
Now to 10k, 1k & 0.5k
— Elon Musk (@elonmusk) July 1, 2023
Ciri tersebut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pengguna berbayar, pengguna tidak berbayar dan pengguna baharu. Untuk pengguna berbayar akan dihadkan kepada 6000, pengguna tidak berbayar akan dihadkan kepada 600 dan pengguna baharu dihadkan kepada 300 setiap hari.
Dalam perkongsian terbaru Elon Musk, had tersebut telah dinaikan kepada 10000 untuk pengguna berbayar, 1000 untuk pengguna tidak berbayar dan 500 untuk pengguna baharu setiap hari.
Antara sebab ciri baharu ini diperkenalkan adalah kerana peningkatan penggunaan data secara ekstrem serta terdapat manipulasi data dalam sistem.
Sebelum ini, Twitter turut mengehadkan kandungan yang hanya boleh diakses oleh pengguna berdaftar sahaja. Dengan pengenalan pelbagai ciri ini, kita mungkin boleh menjangkakan yang pengguna Twitter mungkin akan berkurangan dari hari ke hari.