Amazfit kini sedia untuk menawarkan jam tangan pintar baharu untuk pasaran tempatan melalui model Amazfit Cheetah. Terdapat tiga varian untuk Amazfit Cheetah iaitu Cheetah Pro, Cheetah (Round) dan Cheetah (Square). Untuk penawarannya di Malaysia, buat masa ini hanya tersedia untuk model Amazfit Cheetah (Round).
Untuk spesifiksi, Amazfit Cheetah (Round) hadir dengan skrin AMOLED berbentuk bulat yang bersaiz 1.39-inci yang turut menyokong kecerahan puncak sehingga 1000 nits. Peranti ini menggunakan bingkai dari binaan Fiber-reinforced polymer yang dipadankan dengan tali jam dari silikon.
Hadir dengan pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan standard seperti pemantauan tidur, pemantauan kadar degupan jantung, tekanan harian dan juga SpO2. Turut menyokong lebih dari 150 mod sukan secara terbina dan mampu mengesan 25 mod secara automatik.
Amazift Cheetah (Round) turut hadir dengan sokongan GPS L1+L5 untuk bacaan lokasi yang lebih tepat dan menyokong penarafan 5 ATM. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan maksimum dengan kapasiti bateri 440mAh.
Amazfit Cheetah (Round) dijual pada harga RM999, bagi yang berminat ia boleh dibeli secara eksklusif di Shopee bermula 5 Julai ini. Setiap pembelian akan menerima PowerBank Xiaomi 10,00mAh secara percuma, bergantung kepada stok. Peranti ini turut ditawarkan melalui Lazada yang akan mula dijual pada 7 Julai.