Close

Tesla akan tiba di Malaysia pada 20 Julai ini


Selepas disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 4 bulan yang lalu, Tesla akhirnya akan memasuki Malaysia secara rasmi pada 20 Julai ini.



Maklumat mengenai ketibaan Tesla di Malaysia telah dikongsi melalui akaun rasmi Instagram Tesla Malaysia (teslamotormys) dengan caption “Malaysia Stay Tuned”.


Namun begitu, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai model yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Jika dilihat kepada pasaran Singapura dan Thailand, Tesla hanya menawarkan dua model iaitu Model Y dan Model 3. 


Untuk pasaran Thailand, Model Y dijual pada harga bermula RM246K (THB1,959,000) untuk model asas. Sementara, Model 3 ia dijual pada harga bermula RM221K (THB1,759,000) untuk model asas.

Selain menawarkan kenderaan elektrik untuk pasaran Malaysia, Tesla akan turut membina sekurang-kurangnya 50 Supercharger di Malaysia dalam tempoh 3 tahun dan 30% daripada jumlah tersebut mesti menyokong pengecasan untuk kenderaan elektrik dari pengeluar lain.

ARTIKEL BERKAITAN