Huawei kini sedia untuk menawarkan peranti kelas pertengahan premium mereka untuk pasaran tempatan. Peranti yang dimaksudkan adalah Huawei Nova 11 Pro, hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan reka bentuk yang lebih mewah.
Huawei Nova 11 Pro hadir dengan skrin OLED FHD+ jenis melengkung bersaiz 6.78-inci, turut menyokong paparan 120Hz dan juga touch sampling rate pada 300Hz. Selain itu, skrin peranti ini turut hadir dengan PWM Dimming pada 1440Hz, P3 wide color gamut dan dilindungi dengan Kunlun Glass.
Dijana dengan cip Snapdragon 778G 4G yang dipadankan dengan konfigurasi 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 4500mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan HUAWEI SuperCharge Turbo 2.0 100W.
Untuk fotografi, Huawei Nova 11 Pro dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP fokus laser. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan tetapan yang sama iaitu sensor 60MP + 8MP.
Di Malaysia, Huawei Nova 11 Pro dijual pada harga RM2599 untutk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, pra-tempahan dibuka bermula dari 7 hingga 23 Julai. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM219.