Pengedar rasmi Kia Malaysia iaitu Dinamikjaya Motor Sdn Bhd kini sedia untuk menawarkan kenderaan elektrik baharu untuk pasaran tempatan melalui model Kia Niro EV 2023. Merupakan generasi kedua dan tampil dengan pelbagai teknologi dan inovasi yang menarik.
Dari segi saiz, Kia Niro EV 2023 adalah lebih kecil berbanding Hyundai Kona Elektrik dan lebih besar berbanding Ioniq 5. Untuk ruang kabin, Kia Niro EV menawarkan storan sebesar 475 liter dengan tempat duduk dan 1392 liter dengan tempat duduk belakang dilipat ke bawah.
Untuk trenkuasa, Kia Niro EV 2023 dilengkapi dengan bateri lithium-ion 64.8 kWh yang boleh bergerak sejauh 460 km. Mampu menjana kuasa sehingga 201 hp dan 255 Nm. Boleh memecut dari 0% ke 100% hanya dalam 7.8 saat dengan kelajuan maksimum pada 167 km/j.
Dari segi pengecasan, Kia Niro EV 2023 menyokong dua jenis pengecasan iaitu AC dan DC. Untuk pengecasan AC ia menyokong sehingga 11kW. Manakala, untuk pengecasan pantas DC ia menyokong sehingga 80kW yang mampu mengecas dari 10% ke 80% hanya dalam 43 minit.
Kia Niro EV 2023 ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan juga bantuan pemandu seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Safe Exit Assist (SEA), Rear Cross-Traffic Collision Assist’ (RCCA), Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA) dan banyak lagi.
Untuk harga jualan, Kia Niro EV 2023 dijual pada harga RM256,668 tanpa insuran dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Mineral Blue, Snow White Pearl dan Cityscape Green. Setiap pembelian turut disertakan dengan jaminan selama 5 tahun atau 150,000 km dan jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km.