Close

realme GT Neo6 tertiris – Dijana Snapdragon 8 Gen 2, kamera 50MP dan pengecasan 100W

Sumber : OnLeaks X MySmartPrice

Selepas melancarkan realme GT Neo5 pada Februari tahun lalu, realme kini dilihat bersedia untuk membawa pengganti untuk model tersebut. 

Sumber : OnLeaks X MySmartPrice

Menurut laporan, peranti pengganti ini mungkin akan dikenali sebagai realme GT Neo 6 dan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2. Dari segi rekaan, realme GT Neo6 dilihat akan membawakan rekaan yang sama seperti model sebelumnya.

Sumber : OnLeaks X MySmartPrice

Namun begitu, terdapat perubahan pada rekaan kamera, yang mana ia kini hadir dengan bonggol ayng lebih besar yang menempatkan tetapan tri-kamera dan LED Flash. Lampu RGB turut dijangka akan tersedia pada peranti ini seperti mana pada realme GT Neo5.

Selain itu, rekaan tubuh peranti ini dilihat lebih nipis dan akan menggunakan bingkai jenis bulat. Dapat juga dilihat yang butang kuasa dan laras suara diletakkan di bahagian sisi kanan peranti. Melalui imej yang diperlihatkan, peranti ini tampil dalam pilihan warna hijau.

Spesifikasi lain yang dijangka akan turut dibawakan adalah seperti paparan OLED 144Hz, pengecasan berwayar 100W, kamera utama 50MP dan menjalankan sistem operasi yeng berasaskan Android 13.

Buat ketika ini, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai tarikh pelancaran untuk realme GT Neo6. Tetapi, peranti ini mungkin akan dilancarkan pada suku ke-3 tahun 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN