Close

Xiaomi bakal umumkan Mix Fold 3 pada Ogos ini – Telefon lipat dengan cip Snapdragon 8 Gen 2

Presiden Xiaomi iaitu Lu Weibing secara rasmi mengumumkan tarikh pelancaran untuk peranti boleh-lipat baharu mereka yang akan berlangsung pada Ogos 2023. Telefon lipat baharu yang dimaksudkan adalah Xiaomi Mix Fold 3.

Xiaomi Mix Fold 3 dijangka akan hadir dengan pelbagai peningkatan seperti dari segi rekaan yang lebih nipis dan engsel yang lebih kuat dari sebelumnya. Selain itu, Mix Fold 3 turut dijangka akan menggunakan kamera Leica seperti mana pada model premium Xioami.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dijangka akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, kamera swafoto di bawah skrin, kamera periskop dan menyokong pengecasan pantas 50W.

Dengan pelancaran yang makin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan mengenai Xiaomi Mix Fold 3.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN