Aplikasi alternatif yang juga pesaing kepada Twitter iaitu Threads yang dibangunakn oleh Meta kini telahpun tersedia di kedua-dua platform iOS dan Android.
Aplikasi Threads ini diletakkan di bawah Instagram. Membolehkan pengguna untuk log masuk dan menggunakan nama pengguna sama seperti di Instagram. Selain itu, pengguna juga boleh menyegerakkan profile dan gambar dari Instagram dengan lebih mudah.
Dari segi antara muka, Threads dilihata mirip seperti Instgram tetapi menawarkan fungsi seperti Twitter. Berdasarkan dari percubaan kami, antara muka Threads ini minimalis dan mudah untuk difahami.
Aplikasi Threads kini telahpun tersedia untuk dimuat turun di kedua-dua platform. Sekiranya berminat, boleh muat turut di iOS dan Android.