Close

Siri OPPO Reno10 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula dari RM1799

OPPO secara rasmi mengumumkan siri baharu OPPO Reno10 bagi menggantikan model semasa. Hadir dengan tiga pilihan varian iaitu OPPO Reno10, OPPO Reno10 Pro dan OPPO Reno10 Pro+. Seperti yang kita tahu, siri OPPO Reno ini lebih memfokuskan kepada kemampuan kamera, reka bentuk premium dan spesifikasi yang dipertingkat.

OPPO Reno10 Pro+



Merupakan model paling tinggi dalam siri OPPO Reno10. Hadir dengan skrin OLED FHD+ melengkung bersaiz 6.74-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 4700mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 100W.


Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 64MP OIS telefoto + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Kemampuan kamera ini turut ditala dengan cip MariSilicon untuk memberikan hasil imej yang lebih baik. Untuk harga jualan, OPPO Reno 10 Pro+ dijual pada harga RM3499 untuk 12GB+256GB.

OPPO Reno10 Pro


Untuk OPPO Reno10 Pro, ia hadir dengan skrin OLED FHD+ melengkung bersaiz 6.74-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 778G 5G yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 4600mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 32MP OIS telefoto + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Kemampuan kamera ini turut ditala dengan cip MariSilicon untuk memberikan hasil imej yang lebih baik. Untuk harga jualan untuk OPPO Reno10 Pro dijual pada harga RM2199 untuk 12GB + 256GB.

OPPO Reno10


Model terakhir adalah OPPO Reno10, hadir dengan skrin AMOLED FHD+ melengkung bersaiz 6.7-inci bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7050 5G yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 67W.


Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 32MP telefoto + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Harga jualan untuk OPPO Reno 10 adalah RM1799 untuk 8GB + 256GB.


Bagi yang berminat, siri OPPO Reno10 kini boleh dipra-tempah bermula dari 6 hingga 14 Julai. Setiap pra-tempahan akan menerima percuma hadiah bernilai sehingga RM896.

ARTIKEL BERKAITAN