Samsung secara rasmi mengumumkan tarikh pelancaran untuk peranti boleh-lipat baharu mereka iaitu pada 26 Julai ini. Pada acara tersebut Samsung turut dijangka akan mengumumkan beberapa peranti lain bersama dengan peranti boleh-lipat.
Dua peranti boleh-lipat generasi baharu dijangka akan diumumkan, di bawah siri Samsung Galaxy Z iaitu Z Fold5 dan Z Flip5. Kedua-dua peranti ini dijangka akan membawakan sejumlah peningkatan dari segi teknologi dan engsel yang lebih baik dari sebelumnya.
Selain itu, Samsung turut dijangka akan memperkenalkan tablet dan juga jam tangan pintar baharu pada acara tersebut. Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, Samsung turut menawarkan pendaftaran minat dengan memberikan baucar RM400 untuk pengguna yang melakukan pra-tempahan siri Samsung Galaxy Z baharu.
Dengan acara pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan mengenai peranti yang akan diumumkan.