Close

OnePlus Pad Go akan dilancarkan pada 6 Oktober ini

OnePlus secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk tablet baharu mereka iaitu OnePlus Pad Go pada 6 Oktober ini. Merupakan tablet kedua yang dihasilkan Oleh OnePlus selepas OnePlus Pad yang  dilancarkan pada Februari lalu.

Seiring dengan perkongsian tersebut, OnePlus turut memperlihatkan rekaan yang akan digunakan pada OnePlus Pad Go. Hadir dengan dua kemasan yang berbeza pada panel belakang iaitu jenis kesat dan berkilat. Turut dapat dilihat yang OnePlus Pad Go akan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang yang diletakkan pada kamera berbentuk bulat.

Hadir dengan skrin bersaiz 11.6-inci dengan resolusi 2.4K yang turut menyokong paparan 144Hz. Selain itu, dapat dilihat yang peranti ini akan hadir dengan rekaan skrin simetri. Secara kesekeluruhan, rekaan yang digunakan pada OnePlus Pad Go ini mirip seperti OnePlus Pad.

Namun begitu, tiada sebarang maklumat terperinci yang didedahkan mengenai spesifikasi yang akan digunakan. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan menjelang hari pelancarannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN