Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan iPhone 15 Pro akan menyokong pengecasan yang lebih pantas berbanding iPhone 14 Pro. Namun, perkara tersebut dilihat tidak berlaku.
Menurut laporan Mac Otakara, kelajuan maksimum pengecasan pada iPhone 15 Pro adalah pada 27W (9V/3A) sahaja melalui penyesuai kuasa USB-C yang tersuai. Bermakna, ia menyokong pengecasan yang sama seperti iPhone 14 Pro.
Manakala, untuk mengecas aksesori pintar lain siri iPhone 15 menyokong kelajuan maksimum pada 4.5W (5V/0.9A).
Selain itu, Apple turut menyarankan pengguna untuk menggunakan pengecasan pantas 20W dan ke atas untuk siri iPhone 15 yang mampu mengecas 50% hanya dalam 30 minit. Saranan ini dilihat sama seperti mana pada siri iPhone 14.