Close

iPhone 12 akan terima kemas kini untuk elak diharamkan di Perancis

Apple akan memberi kemas kini pada iPhone 12 bagi menyelesaikan isu pelanggaran undang-undang berkenaan Kadar Penyerapan Khusus (SAR) di Perancis. Sekaligus mengelakkan peranti tersebut diharamkan di Perancis.
Sebelum ini, Agensi Frekuensi Kebangsaan Perancis (ANFR) menyatakan yang iPhone 12 telah mengeluarkan gelombang elektromagnet yang mudah diserap oleh badan lebih daripada yang dibenarkan.
Namun, Apple telah mengeluarkan bantahan dan menyatakan yang iPhone 12 telah diperakui oleh pelbagai badan antarabangsa dan mematuhi piawaian global yang telah ditetapkan. 
Walaubagaimanapun, Apple terpaksa akur dengan arahan yang dikeluarkan dan akan memberikan kemas kini untuk membolehkan peranti tersebut terus digunakan dan dijual di Perancis.
iPhone 12 telahpun dilancarkan pada 2020 dan ditawarkan dalam 4 pilihan varian iaitu iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

ARTIKEL BERKAITAN