Biarpun Samsung belum lagi mengumumkan sebarang tarikh pelancaran untuk Galaxy S23 FE. Namun, telah ada laporan yang mendedahkan rekaan penuh peranti tersebut.
Berdasarkan dari laporan yang didedahkan, memperlihatkan yang Galaxy S23 FE akan hadir dengan rekaan yang sama seperti Galaxy S23. Menggunakan rekaan sisi yang sedikit bulat, tetapan tri-kamera belakang dan panel belakang jenis kaca.
Selain rekaan, ia turut memperlihatkan pilihan warna yang akan ditawarkan pada Galaxy S23 FE. Terdapat 4 pilihan warna yang ditawarkan iaitu Phantom Black, Cream, Lime dan Lavender.
Dari segi spesifikasi, Galaxy S23 FE dijangka akan hadir dengan skrin 6.4-inci Dynamic AMOLED 2X 120Hz, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4500mAh. Untuk cip pemprosesan, ia mungkin akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 atau Exynos 2200.