![]() |
Gambar : OneLeaks x SmartPrix |
OnePlus telahpun mengesahkan yang mereka akan melancarkan peranti lipat pertama mereka pada tahun ini. Peranti ini sepatutnya dilancarkan pada Ogos yang lalu. Namun, disebabkan oleh masalah pembekal skrin, tarikh pelancaran terpaksa diubah.
OnePlus today announced that #OnePlusOpen is launching “soon”
Now let me tell you what soon means: The very first foldable smartphone from @OnePlus is launching October 19th! 🗓️
I’m truly excited about this device!
— Max Jambor (@MaxJmb) September 20, 2023
Terbaru, pakar tiris Max Jambor mendedahkan yang peranti lipat pertama dari OnePlus dijangka akan dilancarkan pada 19 Oktober ini. Tarikh pelancaran tersebut merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Eksekutif OnePlus yang mendedahkan peranti lipat pertama dari OnePlus akan dilancarkan tidak lama lagi.
Malangnya, tiada maklumat terperinci mengenai tarikh pelancaran dan spesifikasi yang didedahkan. OnePlus Open berkemungkinan besar akan menggunakan rekaan yang sama seperti Oppo Find N2. Dengan rekaan yang sama, OnePlus Open dijangka akan dilengkapi dengan kamera periskop dengan penjenamaan Hasselblad.
Selain itu, ia dijangka akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, bateri 4800mah dan pengecasan pantas 67W.