TECNO telah menjadualkan acara pelancaran untuk telefon lipat baharu mereka iaitu Phantom V Flip yang akan berlangsung pada 22 September ini. Merupakan telefon lipat jenis clamshell pertama dari Tecno.
Dalam perkongsian terbaru, Tecno telah memperlihatkan rekaan Phantom V Flip 5G melalui imej teaser. Berdasarkan dari imej tersebut, dapat dilihat yang peranti tersebut akan hadir dengan kemasan dwi-tona dengan warna hitam dan ungu.
Selain itu, turut dapat dilihat yang peranti ini akan menggunakan bingkai dari binaan jenis logam dan kemasan jenis kulit pada panel belakang. Terdapat juga penjenamaan Tecno yang diletak pada bahagian tengah engsel.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada Tecno Phantom V Flip 5G. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.