Close

vivo V29 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1899

vivo Malaysia secara rasmi telah melancarkan peranti baharu untuk pasaran tempatan melalui model V29 5G. Merupakan peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kepada keupayaan kamera melalui fungsi Aura Light.

vivo V29 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED jenis melengkung yang bersaiz 6.78-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP kedalaman. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 50MP. Fungsi menarik mengenai kamera peranti ini adalah ia hadir dengan fungsi Aura Light 2.0 yang membantu untuk memberikan hasil imej yang lebih baik dan lebih terang. Fungsi ini turut menyokong pelarasan warna secara automatik bersesuaian dengan persekitaran.

Dimuatkan dengan bateri 4600mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 80W yang mampu mengecas 1% ke 50% hanya dalam 18 minit. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah pengimbas cap jari di bawah skrin, penarafan IP68, Bluetooth 5.2, NFC dan menjalankan Funtouch OS 13 yang berasaskan Android 13.

Di Malaysia, vivo V29 5G dijual pada harga bermula RM1899 untuk 12GB + 256GB dan RM2099 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM999.

ARTIKEL BERKAITAN