Close

smart #1 kini boleh dipra-tempah di Malaysia dengan harga bermula dari RM200K

smart Malaysia secara rasmi telah membuka pra-tempahan untuk kereta elektrik (EV) mereka iaitu smart #1 untuk pasaran tempatan. smart #1 ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Pro, Premium dan juga Brabus.

Untuk varian smart #1 Pro ia hadir dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang mampu menghasilkan kuasa 268 hp dan 343 Nm. Mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 6.7 saat. Dimuatkan dengan bateri lithium logam fosfat (LFP) 49 kWh yang mampu bergerak sejauh 316 KM (WLTP).

Seterusnya adalah smart #1 Premium, ia turut dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang mampu menghasilkan kuasa 268 hp dan 343 Nm. Mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 6.7 saat. Dimuatkan dengan bateri lithium nikel mangan kobalt oksida (NMC) 66 kWh yang mampu bergerak sejauh 440 KM (WLTP).

Dan akhir sekali adalah model paling premium iaitu smart #1 Brabus. Hadir dengan motor elektrik berkembar dengan pacuan semua roda yang mampu menghasilkan 442 hp dan 543 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 3.9 saat. smart #1 Brabus ini mampu bergerak sejauh 400 km (WLTP).


smart #1 dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada suku ke-4 tahun ini. Buat masa ini, smart Malaysia belum lagi mendedahkan harga jualan mukmatad untuk ketiga-tiga varian. Namun, smart Malaysia menyatakan harga jualan akan bermula dari RM200,000 hingga RM250,000 tanpa insurans.

Bagi yang berminat, smart #1 boleh dipra-tempahan melalui aplikasi Hello smart App. Yuran tempahan sebanyak RM1000 akan dikenakan dan yuran tempahan tersebut boleh dikembalikan sekiranya pengguna berubah minat atau sebagainya.

Lebih menarik, untuk pelanggan 501 yang terawal akan menerima tawaran eksklusif yang berupa kredit pengecasan yang bernilai RM1001 yang akan diberikan selepas smart #1 diterima oleh pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN