Close

HONOR V Purse dilancarkan – Telefon lipat dengan rekaan beg tangan

HONOR secara rasmi melancarkan peranti boleh-lipat baharu mereka iaitu V Purse. Sebelum ini, V Purse adalah sebuah telefon konsep dan telah diperlihatkan di acara IFA 2023. Dengan pelancaran ini, V Purse bukan lagi sebuah telefon konsep.

HONOR V Purse merupakan peranti boleh-lipat dengan lipatan jenis keluar. Dibina dengan gabungan teknologi dan fesyen melalui kerjasama TIME. Mempunyai bahagian sisi yang tebal yang digunakan sebagai pemegang dan turut menempatkan sensor kamera. Rekaan mirip seperti Huawei Mate XS 2. Namun, lebih nipis dengan diameter 9mm.


Menarik mengenai peranti ini adalah ia boleh dipadankan dengan pelbagai jenis tali yang boleh ditukar ganti. Tali tersebut dipasang pada engsel untuk menukar telefon menjadi beg tangan. Selain itu, peranti ini turut menyokong Always On Display (AOD) yang interaktif untuk memaparkan pelbagai maklumat dan boleh diubah suai.


Dari segi spesifikasi, HONOR V Purse hadir dengan skrin utama bersaiz 7.71 -inci FHD+ dengan nisbah 10.5:9 apabila dibuka. Apabila dilipat, ia hadir dengan skrin kedua bersaiz 6.45-inci OLED dengan nisbah 19.5:9. Skrin ini turut menyokong paparan 90Hz, DCI-P3, 10-bit warna, kecerahan puncak 1650 nits dan PWM Dimming 2160Hz.


Dijana dengan cip Snapdragon 778G yang digabungkan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 35W. Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP lebar dan swafoto 8MP.

Di China, HONOR V Purse dijual pada harga bermula CNY 6000 (RM3859) untuk 16GB + 256GB dan CNY 6600 (RM4245) untuk 16GB + 512GB. Buat masa ini, HONOR V Purse hanya tersedia untuk pasara China sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN