Close

Instagram Gifts kini tersedia untuk pengguna di Malaysia

Meta kini sedia untuk memperluaskan fungsi Instagram Gifts kepada lebih banyak negara termasuk Malaysia. Sebelum ini, Instagram Gifts hanya tersedia untuk pengguna di beberapa negara Eropah sahaja seperti Amerika Syarikat.

Instagram Gifts adalah fungsi yang membolehkan pencipta atau penerbit kandungan menerima hadiah daripada pengikut atau bukan pengikut. Sekaligus membolehkan pencipta kandungan menjana pendapatan melaluinya.

Cara untuk memberi hadiah adalah pengguna perlu membeli Stars terlebih dahalu. Kemudian, beri kepada pencipta atau penerbit kandungan melalui Sticker pada kandungan Instagram Reels.

Untuk mengaktifkan fungsi ini pencipta atau penerbit kandungan perlu mempunyai akaun profesional, berumur lebih dari 18 tahun dan mempunyai pengikut lebih dari 5000 di Instagram. Fungsi ini dijangka akan tersedia untuk semua pengguna di Malaysia secara berperingkat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN