Close

Redmi Note 13 Pro disahkan hadir dengan cip Snapdragon 7s Gen 2

Xiaomi secara rasmi mengesahkan yang Redmi Note 13 Pro akan dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2. Sekaligus menjadikan ia peranti pertama di dunia yang akan hadir dengan cip tersebut.


Cip Snapdragon 7s Gen 2 dibina dengan teknologi binaan 4nm TSMC. Menggunakan konfigurasi 8 teras (4+4) dengan 4 teras prestasi Cortex-A78 dengan kelajuan 2.4GHz dan 4 teras kecekapan Cortex-A55 dengan kelajuan 1.98GHz. Menyokong teknologi LPDDR5 dengan kelajuan 3200 MHz dan teknologi UFS 4.0 untuk storan dalaman. 


Untuk kemampuan kamera ia menyokong kamera tunggal dengan sensor sehingga 200MP dan rakaman video pada resolusi 4K 30fps HDR. Dari segi sambungan ia menggunakan Modem-RF Snapdragon X62 5G yang menyokong kelajuan muat turun sehingga 2.6 Gpbs. Selain itu, ia turut menyokong Bluetooh 5.2, WiFi 6E dan NFC. 



Sebelum ini, Redmi Note 13 Pro dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 telahpun dikesan melalui penanda aras Geekbench dengan skor yang diperolehi 1012 untuk teras tunggal dan 2943 untuk teras pelbagai. Selain itu, Redmi Note 13 Pro ini akan dilengkapi dengan 16GB RAM dan menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 13.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN