Close

Cip Snapdragon 7s Gen 2 dilancarkan – Cip kelas pertengahan untuk peranti mampu milik


Qualcomm secara rasmi melancarkan cip kelas pertengahan baharu mereka iaitu cip Snapdragon 7s Gen 2. Secara keseluruhan, cip baharu ini dikatakan sedikit kurang berkuasa berbanding cip Snapdragon 7+ Gen 2 dan menfokuskan kepada peranti pertengahan mampu milik.


Cip Snapdragon 7s Gen 2 ini dibina dengan teknologi binaan 4nm TSMC. Menggunakan konfigurasi 8 teras (4+4) dengan 4 teras prestasi Cortex-A78 dengan kelajuan 2.4GHz dan 4 teras kecekapan Cortex-A55 dengan kelajuan 1.98GHz. Dipadankan dengan GPU Adreno yang menyokong OpenGL ES 3.2, Vulkan 1.3 dan OpenCL 2.0 FP.
Untuk konfigurasi memori ia menyokong teknologi LPDDR5 dengan kelajuan 3200 MHz dan teknologi UFS 4.0 untuk storan dalaman. Untuk skrin, ia menyokong resolusi FHD+ dengan paparan 144Hz.


Dari segi sambungan ia menggunakan Modem-RF Snapdragon X62 5G yang menyokong kelajuan muat turun sehingga 2.6 Gpbs. Selain itu, ia turut menyokong Bluetooh 5.2, WiFi 6E dan NFC. Untuk kemampuan kamera ia menyokong kamera tunggal dengan sensor sehingga 200MP dan rakaman video pada resolusi 4K 30fps HDR.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti USB-C 3.1, pengecasan pantas Quick Charger 4+, Snapdragon Sound dan aptX Lossless. Redmi Note 13 Pro dijangka akan menjadi peranti pertama yang akan dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2.

ARTIKEL BERKAITAN