Pada acara pelancaran siri iPhone 15 yang berlangsung pada minggu lalu. Apple telah mengumumkan dua pelan langganan storan baharu untuk iCloud+ iaitu 6TB dan 12TB. Sekaligus menjadikan iCloud+ kini mempunyai 5 pilihan pelan langganan storan.
Pelan langganan baharu ini ditawarkan dengan harga langganan bermula dari RM129.90 untuk 6TB dan RM269.90 untuk 12TB. Sebelum ini, iCloud+ hanya tersedia dalam 3 pilihan langganan storan sahaja iaitu 50GB, 200GB dan 1TB. Dengan harga langganan bermula dari RM3.90, RM44.90 dan RM129.90.
Penawaran storan langganan yang lebih besar ini akan memudahkan pengguna untuk menguruskan storan. Selain itu, iCloud+ turut hadir dengan pelbagai fungsi seperti family sharing, Hide My Email, HomeKit Secure Video, iCloud Private Relay dan sebagainya.
Pelan langganan ini telahpun tersedia untuk pengguna di Malaysia. Untuk naik taraf pelan iCloud+, pergi ke bahagian iCloud Setting dan pilih Manage Account Storage.