Close

Maxis umum harga baharu untuk pakej jalur lebar – Harga langganan bermula dari RM89

Maxis mengumumkan kemas kini harga langganan untuk pakej jalur lebar mereka dengan menawarkan beberapa penambahbaikan dari segi kelajuan dan juga harga langganan.
 
 

Melalui kemas kini ini, harga langganan baharu kini bermula dari RM89 sebulan untuk kelajuan 100Mbps, RM129 sebulan untuk 300Mbps dan RM149 sebulan untuk 500Mbps. Semua pelan ini hadir dengan penghala WiFi 6 dan ditawarkan dengan harga promosi untuk 24 bulan yang pertama.

Selain itu, Maxis turut mengumumkan pakej dengan kelajuan yang lebih laju iaitu 1Gbps dan 2Gbps. Pakej baharu ini ditawarkan dengan harga RM249 sebulan untuk kelajuan1Gbps dan RM319 sebulan untuk kelajuan 2Gbps.

Seiring dengan penawaran ini, pengguna sedia ada akan menerima naik taraf kelajuan secara percuma tanpa sebarang kontrak baharu. Naik taraf kelajuan percuma ini dijangka akan tersedia bermula November 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN