Close

“Trailer” pertama GTA 6 akan dikeluarkan pada awal Disember ini

Rockstar Games secara rasmi mengesahkan yang trailer pertama permainan Grand Theft Auto VI (GTA 6) akan dikeluarkan pada awal Disember 2023. Sekaligus, memberikan berita gembira buat peminat yang menantikan permainan ini.

We are very excited to let you know that in early December, we will release the first trailer for the next Grand Theft Auto. We look forward to many more years of sharing these experiences with all of you.

Thank you,
Sam Houser

— Rockstar Games (@RockstarGames) November 8, 2023

Trailer pertama tersebut dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun ke-25 Rockstar Games pada bulan hadapan. Permainan sebelum ini iaitu GTA 5, telah dilancarkan pada 10 tahun lalu iaitu 2013 dan telah terjual lebih dari 185 juta salinan.

GTA sememangnya permainan yang popular dan paling dinantikan oleh kebanyakkan pengguna. Namun begitu, tiada sebarang perincian yang didedahkan oleh Rockstar Games mengenai GTA 6.

Kita mungkin boleh menjangkakan yang Rocktars Games akan membawakan sesuatu yang lebih menarik pada GTA 6. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN