Close

China kini menyokong pembayaran QR melalui aplikasi Maybank MAE

Selepas menyokong pembayaran QR rentas sempadan melalui aplikasi MAE di Indonesia, Thailand dan Singapura. Maybank kini dilihat terus memperluaskan perkhidmatan tersebut ke satu lagi negara iaitu China.

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna yang melancong ke China membuat pembayaran melalui transaksi QR dan peniaga di Malaysia pula boleh menerima pembayaran QR daripada pelancong China menerusi platform Alipay.

Namun begitu, had transaksi harian masih lagi sama iaitu RM1000 atau bersamaan dengan RM1000 dalam mata wang asing. Walaubagaimanapun, pengguna mempunyai pilihan untuk menukar had harian melalui tetapan aplikasi. Selain itu, untuk pembayaran RM250 dan ke atas memerlukan pengesahan.

Fungsi ini dilihat dapat memudahkan sebarang urusan pembayaran di luar negara sekaligus dapat meningkatkan lagi ekonomi digital. Maybank dijangka akan memperluaskan lagi ciri pembayaran QR rentas sempadan di lebih banyak negara tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN