Close

ASUS ExpertBook B9 OLED dan B6 Flip kini rasmi di Malaysia – Harga bermula dari RM8999

ASUS Malaysia secara rasmi melancarkan komputer riba baharu untuk pasaran tempatan melalui model ExpertBook B9 OLED dan ExpertBook B6 Flip. Hadir dengan sejumlah peningkatan yang lebih baik dengan penawaran yang berbeza mengikut kepada penggunaan.

 

ASUS ExpertBook B9 OLED

 

ASUS ExpertBook B9 OLED hadir dengan skrin OLED bersaiz 14-inci dengan paparan 90Hz. Komputer riba ini hanya seberat 990 gram sahaja dan menyokong ketahanan tahap US MIL-STD 810H. Dikuasakan dengan CPU Intel Core I7-1355U yang digabungkan dengan RAM sehingga 32GB LPDDR5 dan storan dalaman 1TB M.2 PCIe 4.0 SSD.

 

Dimuatkan dengan bateri 63Wh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Untuk sambungan ia hadir dengan 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2x Thunderbolt 4, 1x micro HDMI (RJ45 lan), 1x HDMI dan 1x bicu audio 3.5mm. Spesisifkasi lain yang turut dibawakan adalah seperti WiFi 6E, Bluetooth 5.3, pembesar suara Dolby Atmos dan menjalankan Windows 11 Pro.

ASUS ExpertBook B6 Flip

Untuk ASUS ExpertBook B6 Flip ia hadir dengan skrin bersaiz 16-inci WQXGA dengan nisbah 16:10. Menyokong anti-glare display, DCI-P3, stylus dan kecerahan puncak 500 nits. Dikuasakan dengan dua pilihan CPU iaitu Intel Core i9-12950HX atau Intel Core i7-12850HX yang dipadankan GPU NVIDIA RTX A2000 8GB GDDR6.

Untuk konfigurasi, ia hadir dengan RAM sehingga 32GB DDR5 dan storan dalaman sehingga 2TB  NVME PCIe 4.0 SSD. Dimuatkan dengan bateri 90Wh yang turut menyokong pengecasan pantas 240W.

Untuk sambungan ia hadir dengan 1x USB 3.1 Gen 2 Type-A, 2x Thunderbolt 4, 1x HDMI, 1x RJ45 Gigabit Ethernet, 1x bicu audio 3.5mm, 1x smart card dan 1x AC Adapter. Spesisifkasi lain yang turut dibawakan adalah seperti WiFi 6E, Bluetooth 5.3, pembesar suara Dolby Atmos dan menjalankan Windows 11 Pro.

Di Malaysia, ASUS ExpertBook B9 OLED ditawarkan pada harga bermula RM8999. Manakala, ASUS ExpertBook B6 Flip pula ditawarkan pada harga RM11,999. Bagi yang berminat, komputer riba ini boleh dibeli di semua pengedar rasmi ASUS Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN