Close

Jerry Rig saman Casetify sebab ciplak rekaan ‘Teardown’ dari dbrand

dbrand jenama yang tidak asing dalam menawarkan pelbagai aksesori menarik dan berkualiti tinggi telah bertindak menyaman jenama aksesori popular iaitu Casetify kerana menciplak salah satu rekaan dbrand iaitu ‘Teardown’.

Rekaan Teardown adalah rekaan yang memperlihatkan komponen dalaman peranti yang dihasilkan dengan kerjasama YouTuber popular iaitu Jerry Rig Everything.

Berikutan dari itu, dbrand melalui platform X telah mendedahkan secara terperinci mengenai ‘easter egg’ Teardown yang ditiru dengan sangat jelas dan nyata oleh Casetify pada rekaan yang dijenamakan sebagai Inside Out.

Antara easter egg yang dapat dilihat dengan jelas adalah tarikh ’11 11 11′ merupakan tarikh dbrand ditubuhkan dan quote popular Jerry Rig Everything ‘glass is glass and glass break’. Lebih menarik, logo dbrand turut ditiru dan diletakkan pada rekaan Inside Out.

dbrand dan Jerry Rig telahpun memulakan tuntutan undang-undang di mahkamah ke atas Casetify dan mahukan ganti rugi kerana menciplak rekaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN