Close

Google buang pekerja termasuk pengasas Fitbit

Selepas membuang 12000 pekerja pada awal tahun lalu, Google dilihat terus mengurangkan tenaga kerja mereka untuk tahun ini dengan membuang beratus-ratus lagi pekerja termasuk pengasas kepada Fitbit.

Langkah tersebut diambil berikutan Google sedang melakukan proses penstrukturan semula bahagian yang berkepentingan dalam perkhidmatan dan peranti. Antara bahagian yang terkesan dalam penggurangan tenaga kerja ini adalah Nest, Fitbit, Pixel dan juga Argumented Reality (AR).

Sebagai rekod, Google telah membeli Fitbit pada 2021 dengan harga sekitar $2.1 bilion namun memilih untuk melancarkan Pixel Watch baharu dalam usaha untuk bersaing dalam segmen jam tangan pintar.

Tidak hanya Google, beberapa syarikat teknologi lain seperti Amazon, Facebook dan Microsoft turut mengambil langkah penstrukturan semula yang menyaksikan beribu-ribu pekerja dibuang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN