Close

Sony bakal perkenal DualSense V2 – Tawar ketahanan bateri sehingga 12 jam

Sony bakal memperkenalkan DualSense generasi baharu selepas produk tersebut dikesan tersenarai di laman jualan Best Buy di Kanada.

DualSense V2 dilihat tidak membawakan sebarang perubahan dari segi reka bentuk atau konfigurasi butang sebaliknya hanya memfokuskan kepada ketahanan bateri. Menurut maklumat, ketahanan bateri DualSense V2 mampu mencapai sehingga 12 jam berbanding 5 jam pada model sebelumnya.

Harga jualan untuk DualSense V2 dilihat sama seperti harga jualan model sebelumnya iaitu sekitar C$89.99 (RM312). Di Malaysia, DualSense dijual pada harga RM308.

Sony buat masa ini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketersediaan dan juga penawaran untuk DualSense V2. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN