Close

Spesifikasi awal cip Exynos 2500 tertiris – Pesaing kepada cip Snapdragon 8 Gen 4?

Umum mengetahui, Samsung menggunakan cip Exynos 2400 pada Galaxy S24 dan S24+. Cip tersebut ditawarkan mengikut kepada pasaran dan Malaysia antara yang terpilih.

Terbaru, spesifikasi awal cip Exynos 2500 dilaporkan telahpun tertiris. Menurut maklumat, Exynos 2500 akan dibina dengan teknologi 3nm generasi kedua dari Samsung. Teknologi ini dikatakan lebih baik daripada teknologi 3nm yang digunakan oleh TSMC.

Cip ini akan kekal menggunakan konfigurasi 10 teras iaitu 1x Cortex-X5, 3x Cortex-A730, 2x Cortex-A730 dan 4x Cortex-A520. Untuk prestasi grafik, ia menggunakan GPU Xclipse 950 yang berasaskan AMD RDNA berbanding Exynos 2400 yang menggunakan Xclipse 940. Samsung juga dilaporkan telahpun melaksanakan ujian awal untuk Exynos 2500.

Cip Exynos 2500 dijangka akan menawarkan kemampuan prestasi dan kecekapan yang lebih baik dari generasi sebelumnya. Selain itu, cip ini dijangka akan menjadi pesaing kepada Snpadragon 8 Gen 4 yang akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

Sebelum ini, cip Exynos 2400 dilihat hampir setanding dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dibezakan dengan perbezaan 5% sahaja pada ujian penanda aras Geekbench.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN