Fungsi ‘view once’ pada Telegram kini diperluaskan kepada mesej suara dan video. Sebelum ini, fungsi tersebut hanya boleh digunakan pada kandungan seperti imej sahaja.
Dalam kemas kini terbaru, fungsi tersebut dilihat boleh digunakan pada mesej suara dan juga video. Buat yang tidak mengetahui, fungsi view once membolehkan kandungan dilihat sekali sahaja sebelum ia dipadam secara automatik selepas dibuka.
Fungsi ini tidak diaktifkan secara automatik, pengguna perlu menekan ikon view once sebelum menghantar mesej suara atau video. Selain itu, Telegram turut membawakan beberapa fungsi lain seperti pengguna boleh menyambung semula rakaman untuk mesej suara dan video dan antara muka kenalan kini lebih menarik dengan sokongan emoji. Terdapat juga fungsi kawalan masa baca, membolehkan pengguna mengetahui masa mesej diterima oleh pengguna.
Telegram turut menawarkan beberapa fungsi baru untuk pengguna premium seperti menyembunyikan masa baca dari pengguna lain dan boleh memilih siapa yang boleh menghantar mesej terlebih dahulu sama ada “Everyone”, “My Contacts atau Premium User”.