Google One yang merupakan penyedia perkhidmatan storan berbayar kini mempunyai lebih dari 100 juta pelanggan berbayar. Perkara tersebut dikongsi oleh CEO Google iaitu Sundar Pichai melalui platform X.
We just crossed 100M Google One subscribers! Looking forward to building on that momentum with our new AI Premium Plan (launched yesterday) offering AI features like Gemini Advanced, plus Gemini in Gmail, Docs + more coming soon. https://t.co/m7zAVop7P6 pic.twitter.com/sMdwJeq0iU
— Sundar Pichai (@sundarpichai) February 9, 2024
Berikutan dari kejayaan itu, Google akan mengekalkan momentum tersebut melalui pengenalan fungsi kecerdasan buatan baru iaitu Gemini Advanced. Untuk mendapatkan akses Gemini Advanced pengguna perlu melanggan pelan berharga RM97.99 sebulan. Menariknya, pelan ini turut didatangkan dengan storan sebesar 2TB.

Google One turut menyokong perkongsian storan dengan beberapa apilkasi lain seperti Google Photos, Google Drive, Docs dan Gmail.