Bermula 1 April 2024, penyedia perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar wajib mematuhi Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang telah dikemas kini.
Suruhjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengemas kini MSQoS dengan menetapkan semua penyedia perkhidmatan jalur lebar perlu memastikan purata kelajuan muat turun tidak kurang daripada 7.7 Mbps bermula tahun ini.
Dalam MSQoS yang sama, SKMM menetapkan yang purata kelajuan muat turut tidak kurang daripada 10 Mbps bermula tahun depan. Dengan penetapan standard baru ini, ia dijangka akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar di seluruh negara.
Sebelum ini, 90 sample ujian perkhidmatan telah diambil untuk memastikan purata kelajuan muat turun mencapai standard yang telah ditetapkan iaitu 2.5 Mbps atau lebih tinggi.