Close

Sistem mySIKAP JPJ tak boleh diakses pada 9 dan 10 Mac ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui laman Facebook rasmi, menyatakan terdapat gangguan perkhidmatan sistem mySIKAP JPJ pada Sabtu, 9 Mac 2024 dari 12.01 tengah malam sehingga Ahad, 10 Mac 6.00 pagi.

Menurut JPJ, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem yang akan dijalankan. Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti berikut :

  • Portal Awam & Portal Rakan Niaga
  • Integrasi Bersama Agensi & Rakan Niaga
  • Kaunter JPJ di UTC
  • JPJ Mobile
  • Aplikasi MyJPJ
  • JPJeBID
  • Kios JPJ

Berikutan dari itu, pengguna disarankan untuk menangguhkan sebarang urusan yang berkaitan sepanjang tempoh penyelenggaraan. Dalam masa yang sama, pihak JPJ turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN