Close

Perodua mungkin perlihatkan Myvi Hybrid pada acara Malaysia Autoshow 2024

Perodua dijangka akan memperlihatkan kenderaan hybrid mereka di acara Malaysia Autoshow 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 26 Mei ini di MAEPS, Serdang.

Melalui perkongsian di platform X (Twitter), memperlihatkan imej teaser kenderaan hybrid di booth Perodua. Berdasarkan dari imej tersebut, dapat dilihat rekaan bahagian dalaman yang menunjukkan terdapatnya bateri yang diletakkan pada bahagian bawah dan juga enjin.

Selain itu, rekaan luaran yang dikaburkan dilihat mirip seperti model Myvi. Jadi, terdapat kemungkinan kenderaan hybrid yang akan diperlihatkan ini adalah Myvi versi hybrid. Namun begitu, tidak dapat dipastika adakah Myvi versi hybrid ini akan didatangkan dengan rekaan yang berbeza atau sebaliknya.

Pada tahun 2023, Perodua menyatakan yang mereka akan memperkenalkan model hybrid. Jadi, laporan ini dilihat selari apa yang dikatakan oleh Perodua sebelum ini. Walaubagaimanapun, Perodua buat masa ini belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai kehadiran model hibrid dari mereka.

ARTIKEL BERKAITAN