Close

Porsche panggil semula Taycan kerana masalah bateri

Kereta elektrik pertama dari Porsche iaitu Taycan telah dipanggil semula berikutan masalah bateri yang boleh menyebabkan risiko kebakaran.

Menurut Porsche, masalah tersebut berlaku disebabkan oleh beberapa bahagian sel bateri rosak yang akan menyebabkan berlakunya litar pintas. Masalah tersebut mula dikenal pasti pada Januari lalu dengan 858 Taycan telah dipanggil semula.

Namun, selepas pemeriksaan terperinci dilakukan. Masalah tersebut berpotensi untuk turut berlaku pada kenderaan lain. Berikutan itu, sebanyak 2936 unit Taycan dikesan menunjukkan simptom tersebut dan memerlukan penukaran modul bateri. Manakala, 4522 unit Taycan kini berada di pusat pembaikan untuk diperiksa bagi tujuan pengesahan.

Porsche Taycan mula diperkenalkan pada 2019 dan telah terjual lebih dari 40,000 unit. Kereta elektrik pertama Porsche ini menggunakan bateri yang dihasilkan oleh LG Korea dan dipasang di kilang Zuffenhausen.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN