NVIDIA berjaya memintas Apple untuk menjadi syarikat kedua paling bernilai di dunia. Syarikat pembuat cip itu kini mempunyai nilai saham sebanyak $3.01 trilion. Sekaligus, memintas Apple yang mempunyai nilai saham $3 trilion.
Nilai saham NVIDIA meningkat selepas syarikat tersebut berjaya mendominasi arena kecerdasan buatan (AI). Berikutan itu, NVIDIA merancang untuk memperkenalkan cip AI baru pada setiap tahun. NVIDIA mula menjadi syarikat bernilai $1 trillion pada Mei 2023, kemudiaan meningkat kepada $2 trillion pada Febuari tahun ini.
Pada ketika ini, NVIDIA telah mencatat peningkatan saham sebanyak 5.16% iaitu $1,224.40. NVIDIA kini hanya ketinggalan di belakang Microsoft dengan nilai saham $3.15 trilion. Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan (AI) yang semakin pesat, kita mungkin boleh menjangkakan yang NVIDIA akan memintas Microsoft dalam beberapa bulan akan datang.