Close

ZOTAC ZONE diperlihatkan secara rasmi – Guna cip AMD Ryzen 7, 16GB RAM dan skrin AMOLED 120Hz

ZOTAC secara rasmi memperlihatkan konsol mudah alih pertama mereka iaitu ZONE pada acara COMPUTEX 2024. ZONE bakal menjadi pesaing kepada konsol mudah alih lain seperti Lenovo Legion Go, MSI Claw, ASUS ROG Ally dan Steam Deck.

ZONE hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 7-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 800 nits. Dikuasakan dengan cip AMD Ryzen 7 8840U dan GPU Radeon 780M. Menggunakan konfigurasi memori 16GB RAM LPDDR5X-7500, storan dalaman 512GB SSD dan bateri 48.5 Wh.

Dari segi rekaan, ZONE tampil dengan rekaan yang hampir sama seperti kebanyakkan konsol mudah alih. Namun begitu, ia hadir dengan rekaan yang lebih ringan bersama dengan alat kawalan yang lebih menarik. Konsol ini dilengkapi dengan dua pad sesentuh, jog wheels, analog dengan suis Hall Effect dan paling menarik terdapat butang tigger yang menyokong dua tetapan untuk kawalan yang berbeza.

Dari segi sambungan, terdapat dua port USB-C dimuatkan iaitu Thunderbolt 4 untuk pengecasan dan sambungan DP 1.4. Konsol mudah alih ini menjalankan sistem operasi Windows 11 Home Edition.

Namun begitu, konsol mudah alih yang diperlihatkan ini masih lagi dalam fasa pembangunan atau beta. Jadi, mungkin terdapat perubahan spesifikasi pada produk akhir. ZONE dijangka akan mula dijual bermula September 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN