Close

BSN tak lagi menyokong aplikasi BSNSecure bermula 7 Jun 2024

Bermula 7 jun 2024, Bank Simpanan Nasional (BSN) tidak lagi menyokong aplikasi BSNSecure untuk sebarang pengesahan transaksi. Sebaliknya, diganti dengan aplikasi myBSN.

Berikutan dari itu, BSN menyarankan pengguna untuk mengemas kini aplikasi BSNSecure kepada aplikasi myBSN melalui Google Play Store, Huawei AppGallery atau Apple App Store.

Namun begitu, pengguna perlu memastikan peranti melepasi had minimum untuk memasang aplikasi ini. Peranti pengguna sekurang-kurangnya menjalankan sistem operasi versi iOS 15 ke atas untuk iPhone dan Android/HUAWEI menjalankan versi 11.0 dan ke atas.

Melalui aplikasi myBSN, ia menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik disamping menyokong pelbagai perkhidmatan perbankan dalam talian seperti pemindahan DuitNow, DuitNow QR dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Bank Simpanan Nasional.

ARTIKEL BERKAITAN