Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui laman rasmi Facebook mereka mengumumkan permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat JPN bermula 29 Julai 2024.
Sebelum ini, JPN terpaksa menangguhkan permohonan MyKid sementara disebabkan oleh kekurangan bekalan cip. Dengan masalah kekurangan cip yang telah diselesaikan. Pengguna yang telah membuat permohonan sebelum ini namun cetakannya ditangguhkan diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN.
JPN memberi tempoh semakan selama 3 bulan bermula 29 Julai sehingga 31 Oktober 2024. Selepas tempoh tersebut, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baru perlu dibuat semula.
Untuk maklumat lebih lanjut atau pertanyaan, hubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau e-mel ke [email protected].