Close

BYD bakal atasi Tesla dalam pasaran Asia Tenggara

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China iaitu BYD bakal mengatasi Tesla dalam pasaran Asia Tenggara.

Menurut laporan, BYD telah menunjukan perkembangan yang agresif bagi pasaran mereka di luar China selepas mencatat peningkatan jualan sebanyak 21%. Peningkatan tersebut memberikan bayangan BYD akan mengatasi Telsa sekaligus menjadi kuasa besar bagi pasaran Asia Tenggara.

BYD juga telah mengembangkan pasaran mereka ke Singapura dan berjaya mengatasi Tesla dalam pasaran tersebut. Untuk separuh tahun pertama, BYD berjaya mencatatkan peningkatan jualan sehingga 83% berbanding tahun lalu.

Pembukaan kilang pertama mereka di Thailand dijangka akan mengukuhkan lagi penguasaan BYD di Asia Tenggara. Selain itu, BYD juga turut mendominasi beberapa lagi pasaran lain seperti Jepun dan Korea Selatan.

BYD dijangka akan terus mengatasi Tesla dalam jualan EV tahunan, selepas permintaan EV di AS dan Eropah yang semakin perlahan berbeza dengan permintaan EV di China yang meningkat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN