Close

Samsung Galaxy S25 Ultra mungkin kekal dengan bateri 5000mAh dan pengecasan 45W

Samsung berkemungkinan akan terus mengekalkan kapasiti bateri dan teknologi pengecasan yang sama pada Galaxy S25 Ultra.

Menurut laporan, Samsung tidak akan membawa sebarang peningkatan pada kapasiti bateri dan teknologi pengecasan pada Galaxy S25 Ultra. Bermaksud, Samsung kekal menggunakan kapasiti bateri 5000mAh dan pengecasan 45W pada peranti tersebut. Selain itu, Samsung turut dikatakan akan kekal menggunakan rekaan yang sama pada Galaxy S25 Ultra.

Dengan menggunakan kapasiti bateri dan teknologi pengecasan yang sama ia akan menjadi Galaxy S25 Ultra sedikit keterbelakang berbanding pengeluar lain. Untuk tahun mendatang, kebanyakkan peranti andalan akan mula menggunakan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 6000mAh.

Laporan tersebut turut menyatakan yang Galaxy S25 Ultra akan dikuasakan dengan cip dari Qualcomm iaitu cip Snapdragon 8 Gen 4. Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan. Kita mungkin boleh menjangkakan terdapat beberapa perubahan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN