Instagram dilaporkan sedang menguji fungsi privasi baru yang akan menyekat tangkap layar pada mesej yang dihantar dengan tetapan ‘View Once’.
Melalui perkongsian Alessandro Paluzzi di platform X, memperlihatkan fungsi tersebut sedang diuji oleh Instgaram. Fungsi ini akan menghalang pengguna untuk mengambil tangkap layar atau screenshot pada mesej dengan tetapan view once.
Pengenalan fungsi ini dilihat akan meningkatkan lagi privasi pengguna dan dapat menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Pada ketika ini, beberapa platform media sosial telahpun menawarkan fungsi seumpama ini antaranya Telegram, WhatsApp dan lain-lain.
Namun begitu, fungsi ini masih lagi di peringkat percubaan. Tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan tersedia untuk semua pengguna.