Tesla dijangka akan memperkenalkan Model Y versi facelift tidak lama lagi. Model facelift ini akan dikenali sebagai ‘Juniper’.
BREAKING: possible first look at the Tesla Model Y refresh, Project Juniper.
— Drive Tesla 🇨🇦 (@DriveTeslaca) July 31, 2024
Trunk looks to have a new rear light bar. Inside we can see the same ambient lighting and perforated/ventilated seats from the Model 3 refresh. pic.twitter.com/jzEoYuWFYh
Terbaru, beberapa imej yang didakwa sebagai Model Y Juniper telahpun tertiris. Melalui Imej tersebut, memperlihatkan rekaan luaran dan dalaman sekaligus memberikan gambaran awal mengenai model ini.
Here's a quick Model Y "Juniper" Render based on the spy shot we got to see today. ✍🏻
— Dominic BRNKMN (@DominicBRNKMN) July 31, 2024
What do you think? 🤔 pic.twitter.com/R9OGr8qeQP
Model Y Juniper dilihat akan hadir dengan rekaan belakang yang berbeza dan mempunyai light bar belakang baru yang disambungkan dengan tail lamp. Untuk rekaan dalaman, ia menggunakan rekaan sama seperti Model 3 Highland dengan ambient light, ventilated seats, three-spoke steering wheel dan juga infotainment bersaiz 15-inci.
Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan Model Y Juniper akan membuat kemunculan pertama pada Julai ini namun perkara tersebut tidak berlaku. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi oleh Tesla.
Di Malaysia, Model Y ditawarkan dalam 3 pilihan varian dengan harga bermula dari RM191,000.