Google akhirnya menggunakan teknologi pengimbas cap jari yang lebih maju iaitu ultrasonik pada siri Google Pixel 9.
Menurut Google, pengimbas cap jari ultrasonik yang digunakan pada siri Pixel 9 adalah 50% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Pengimbas cap jari ultrasonik ini dihasilkan oleh Qualcomm dengan teknologi 3D Sonic Gen 2.
Teknologi pengimbas cap jari ultrasonik membolehkan nyahkunci peranti dilakukan dengan lebih pantas dan lebih tepat berbanding pengimbas cap jari optik. Ini kerana pengimbas cap jari ultrasonik tidak memerlukan pencahayaan yang tinggi seperti mana jenis optik.
Selain Google, OnePlus dan Xiaomi dijangka akan turut menggunakan teknologi ini pada peranti andalan mereka iaitu OnePlus 13 dan siri Xiaomi 13.
Penggunaan teknologi ultrasonik bukanlah perkara baru, ia telahpun digunakan pada beberapa peranti andalan seperti Samsung dan vivo.